Koleksi Tudung Fareeda

Fareeda Suraiya V-Shape Bersulam

Fareeda Suraiya V-Shape Dwi Warna

Fareeda - Rania 3 Layer

Tudung Fareeda Sabreena 3 Layer

Tudung Fareeda

tudung-fareeda2

Tudung Fareeda satu jenama yang tidak asing lagi bagi pengemar tudung exclusive di Malaysia. Satu ketika dahulu mungkin ada yang mengatakan bahawa wanita bertudung sukar untuk bergaya dan nampak menarik terutama bagi mereka yang berjawatan tinggi dan exclusif, namun dengan kehadiran tudung ‘generasi baru’ semua pandangan ini boleh diketepikan sama sekali.

Wanita bertudung masih boleh kelihatan anggun jika pandai memilih tudung, gaya dan aksesori. Bahkan, corak dan gaya tudung sememangnya menampilkan perubahan yang begitu ketara bagi mengetengahkan lagi sifat kewanitaan pada si pemakai. Bagi kebanyakan wanita, tudung bukan sekadar memakainya dan mengayakan kerongsang di atas bahu atau di bawah dagu. Ia memerlukan teknik supaya nampak bergaya. Justeru itu, untuk tampil berbeza, tudung jenama FAREEDA bakal memberi ‘wajah baru’ kepada wanita kerana ia sesuai dan mudah digayakan sama ada untuk aktiviti kasual atau majlis rasmi.

Video sesi fotoshoot untuk majalah FAREEDA.
Model : Azalia Firdina dan Norizan Saad
Embed...

Hasil kreativiti pemilik FAREEDA House of Scarf, Faridah Zakaria, setiap tudung ciptaannya bukan sahaja sebagai penutup aurat wanita tetapi turut menjadi penyeri kepada penampilan mereka.

‘‘Wanita perlu nampak berseri dan anggun walaupun bertudung. Justeru itu, saya turut menghiaskan tudung FAREEDA dengan hiasan seperti manik dan jahitan sulam yang pasti membuatkan tudung itu lebih elegan dan kontemporari bila dipakai.

‘‘Teknik pemakaiannya juga sungguh mudah. Pertama, pinkan tudung di bawah dagu, lilitkan bahagian kiri ke belakang, pinkan tudung di atas kepala, ambil turun tudung ke bahu kanan, selitkan bahagian itu, sebelah kanan letakkan di atas bahu kiri dan kemaskan tudung, siap untuk digayakan,’’ kata Faridah.

Terdapat enam jenis Tudung Fareeda iaitu sama ada kain kosong, kain bercorak, bermanik, bersulam, berbiku dan berlapis dua yang diperbuat daripada kain import dari Itali, Korea, Thailand dan Perancis. Jenis kain yang digunakan ialah seperti yokyo sifon, dope, dyed, opal dan organza.

Antara koleksi tudung keluaran Fareeda yang popular adalah Sabreena 3 Layer, Suraiya V-Shape, Rania Eksklusif , SaraMarissa FAREEDA V-Sofiya Corak Batik dan Koleksi FAREEDA ZAYNAB. Kesemua koleksi ini boleh didapati dengan berbagai warna dan corak menarik.

Dari segi warna, hampir 32 warna yang boleh dipilih sama ada dari saiz S hinggalah ke XL.

Cara cucian Tudung Fareeda cukup mudah, hanya rendam sekejap di dalam air, sudah boleh terus dijemur dan jangan sesekali memasukkan ke dalam mesin basuh kerana akan merosakkan kepala tudung.

Bagi yang ingin mencuba atau sudahpun memiliki tudung fareeda ini, sila berikan komen atau pengalaman anda ;)  Terimakasih..

Pencarian Model Fareeda Musim 4

fareeda4

Salam semua peminat setia dan pelanggan tudung FAREEDA,

Pencarian Model FAREEDA Musim Ke Empat sudah bermula sekarang !!! jadi kepada yang berminat untuk menjadi gadis-gadis gourges tudung Fareeda jangan lepaskan peluang ini. Menariknya kali ini, 12 peserta terakhir yang terpilih akan berentap sesama mereka untuk mendapat tempat pertama dalam rancangan TV! wow menarik gitu.. dah macam rancangan reality.. :) pasti peserta akan bertambah glamour.

Bakal-bakal calon yang berminat untuk menyertai pertandingan ini dan sekiranya Berjaya akan menjadi sebahagian team modelling FAREEDA…maka ini lah masanya !!!

Dapatkan borang penyertaan di akhbar KOSMO! pada setiap hari Selasa, Jumaat dan Ahad.

Disertakan contoh borang dan syarat-syarat untuk menyertai Pencarian ini.

Syarat utama penyertaan adalah wajib membeli dan memakai tudung paten terbaru “FAREEDA AISYA”, lain-lain syarat boleh di lihat di dalam borang tersebut. Gambar yang dihantar mestilah disertakan dengan resit pembelian di Butik-Butik FAREEDA dan pengedar-pengedar sah FAREEDA.

Para pelanggan dan peminat FAREEDA sudah boleh mendapatkan tudung FAREEDA AISYA di Butik FAREEDA Pulau Pinang (04-3901644) mulai hari ini. Manakala di Butik FAREEDA Shah Alam (03-55117164) dan BB Bangi (03-89201534 & 03-89121428) mulai esok Rabu 18/9/2013 dengan harga promosi sepanjang minggu ini.

“MODEL FAREEDA…ANDA JUGA SELEBRITI”

“FAREEDA AISYA…FENOMENA TERMASYHUR!”

fareeda6

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.